Salam…
Ku mulai posting ku kali ini dengan terjemahan dari Kalamullah, Surah At-Thalaq..ayat 2-3 yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (yakni menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya Allah akan memberinya jalan keluar (yakni dari segala perkara yang menyusahkannya) dan memberinya rezeki dari punca yang tidak terlintas dihatinya. Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah, maka cukuplah Allah baginya (yakni sebagai penolong dan penyelamat baginya). Sesungguhnya Allah tetap akan melakukan apa yang dikehendakinya. Allah telah menetapkan kadar dan waktu untuk berlakunya sesuatu perkara.”
So many weird things happened to me for the past few months…some quite simple..and some even come with cost…..tapi aku bersyukur, kerana diuji sedemikian rupa..sekurang-kurangnya aku menerima pengajaran ini lebih awal dan sesunguhnya aku kini lebih mengerti apa yang dimaksudkan “sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata….”…
Obviously, dari segenap ruang dan masa, syaitan itu akan cuba menggunakan tipu dayanya untuk menyesatkan dan melalaikan kita dari mengingati Allah…Astaghfirullahalazim…hatta dalam kerja-kerja baik sekalipun…dia akan senantiasa menusuk jarum bisikan kesesatan itu ke dalam hati kita…lantaran dia berpegang pada sumpahnya di hadapan Allah yang dia akan terus menerus menyesatkan anak adam sehinggalah hari kiamat…
Masya’Allah…semoga tuhan mengampunkan dosa aku jika pada waktu yang sekejap itu aku tergelincir dari landasan kebenaran..jika aku lupa apa erti istiqamah… dan lupa matlamat asal perjuanganku…astaghfirullahalazim… astaghfirullahalazim….
Namun Allah itu maha pengasih…dan setiap sesuatu ada kadar dan waktunya tersendiri..I’ve learnt my lesson….thank you Allah…kerana tidak membiarkan aku terus sesat dan terpesona dengan godaan syaitan yang sememangnya begitu hebat…
Pada kalian, berhati hati la dalam kehidupan…ujian bukan sekadar datang dalam bentuk penderitaan dan kesusahan…tapi ujian paling sukar ialah ujian mentadbir nafsu apabila berada dalam kemewahan dan kelapangan…
Wallahualam