Petang ini suasana agak dingin…hujan yang turun seketika tadi menyimbah bumi yang kering tandus lantaran kemarau hampir 2 bulan lamanya…butiran air yang terpercik ditingkap pejabat ku memberi penglihatan yang menyegarkan…air..sumber segala kehidupan…
Maha Besar dan Maha Suci Allah…dia menduga kita dengan kemarau yang hanya seketika…tapi keluhan seolah bertahun bumi tidak disimbah air… Aku teringat ketika berada di Tanah Suci Mekah Al Mukarramah…cuaca nya agak kering dan panas…kadangkala hingga mencapai 5o darjah celcius..tapi ironinya..aku tidak mendengar keluhan panas atau susah…pada segenap penjuru kota aku hanya mendengar bacaan ayat suci dikumandangkan..sama dari Masjidil Haram..atau dari kedai kedai yang berhampiran disekitar kota atau dibaca oleh orang-orang yand duduk berehat…paling tidak zikrullah…Subhanallah..walhamdulillah..walailahaillallah…wallahuakbar…
Kenangan ku ketika melawat bumi anbiya begitu indah sekali ..tidak ada kerisauan..hanya ketenangan dan bahagia…semua saling membantu kerana setiap hati sedar bahawa Allah sedang mengalu-alukan kedatangan para hamba ke rumahNya…sedang memerhati dan sedang menilai…rindu benar aku dengan suasana itu..entah bila lagi dapat aku menghirup keharuman udara Masjid Nabawi…wallahulam..
Ketika aku berkhayal dengan masa silam…handphone ku berbunyi :
(Ringtone)
Aku : Hello..?
Temanku : Assalamualaikum hajjah….!
Fuh! Hajjah..sudah lama tidak ku dengar panggilan sebegitu rupa..
Aku : Wa’alaikumsalam hajjah! Apa cerita?? Tetiba ja ko call aku ni…mesti ada something..hehehe
Temanku : Of course…and aku rasa it’s a good news for you…
Aku : Serious?? Hahahaha…apa bende nye…kena loteri ke..?
Temanku : Eleh…beli loteri pun tak reti ….ada hati nak kena loteri…apa daaa…gini beb…actually aku dan hubby aku nak ke Mekah…untuk Haji…kitaorang ikut Muassasah Tabung Haji..so, I wonder if you interested to come along…?
Subhanallah!!! Subhanallah!! Hati ku menjerit…Maha Suci Engkau Ya Allah!!!
Aku : Of course aku nak!!!! wey..ni pucuk di cita ulam mendatang la ni..cam kau tau tau je aku tengah fikir pasal tu…Masya’Allah zack…bila..?
Temanku : Next year la…amacam? Are you ready..?
Aku : You already know my answer kan..dari dulu lagi..Yes zack..yes…i want to go..tapi boleh dapat tempat ke..? Orang lain kena tunggu 10 tahun tau!
Temanku : Makanya aku call kau ni…insya’Allah akan ada orang yang bantu kita untuk dapatkan tempat nanti…kalau kau setuju…sms aku nama penuh, no. ic dan no akaun tabung haji kau…the rest husband aku tolong arrange…and of course my friend…berdoa dan solat hajat..penting tu..moga moga Allah permudahkan perjalanan kita…
Aku : Insya’Allah zack..insya’Allah…I will…macam mimpi pulak aku..hehehe
Temanku : Ok..talk again later..remember..doa banyak banyak ya..
Aku : Ok…no worries…Assalamualaikum
Temanku : W’salam
Apa lagi yang dapat ku katakan…Allah itu Maha Mendengar..baru di hati..sudah didengar..apa lagi bila dilafaz… Ya Allah, terimakasih…terimakasih atas hadiah ini…perkenankanlah hajat ku wahai Maha Pengasih….permudahkanlah jalan ini untuk ku…berikanlah aku kedamaian…jadikanlah aku tetamu mu yang istimewa….terimalah kehadiranku…izinkanlah aku berlindung dibawah naungan Baitul Attiq untuk sekali lagi…sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasihani…
Sedikit demi sedikit hidup ku mula bertenaga…setiap saat aku mendapat kekuatan ku semula…terimakasih teman kerana doamu…dan kepercayaan mu pada diri ini…langkah ku teruskan…dan cahaya itu semakin jelas ku lihat di depan…
“Labbaikallahumma Labbaik..Labbaikallah Syarikala kalabbaik..innalhamda..wanni’mata…lakawalmulk…la syarikalak…”