Alhamdulillah…segala puji dan syukur ku panjatkan pada yang Maha Esa…Selawat dan salam pada junjungan besar kekasih Allah..Rasulullah..
Aku teringat satu ayat dari Al-Quran yang membawa maksud “Pada setiap kesukaran ada kemudahan…dan pada setiap kesukaran ada kemudahan..”
Hari ini aku menerima beberapa berita yang menggembirakan dan memberi kelapangan dada untuk ku….
Pertamanya, tidak lama lagi pihak pengurusan akan membuat keputusan ke atas kes ku yang telah tertunggak agak lama…Subhanallah…Kau lah yang menentukan kadar dan waktu untuk setiap apa yang berlaku…mudah-mudahan dengan keputusan yang bakal keluar..akan berakhirlah segala penderitaan mindaku…
Selang beberapa ketika, aku menerima pula berita baik bahawa kedai kami akan dipindahkan ke lokasi yang lebih baik…insya’Allah dengan penghijrahan ini, peluang perniagaan kami akan menjadi lebih baik…
Aku teringat akan kata-kata guru pembimbing motivasi yang amat ku kenali…”Positive mental attitude is a foundation and a framework that will shape what and how you gonna be…Positive affirmation will drive you towards your goal as the law of attraction will works it ways by pulling in all the positive elements in the universe to the inner you and nutralizing all the negative energy ultimately…”
Setiap kebaikan pastinya akan dibalas dengan kebaikan…ini janji Allah…dan bukanlah kebaikan pada manusia itu akan dibalas oleh manusia juga…tapi Allah lah yang lebih mengetahui akan jalan bagaimana kurnia anugerah itu akan diberi..Maha Suci Tuhanku…janganlah kau biarkan aku mengharap pada makhlukMu lebih daripada pengharapan ku yang ku letakkan pada Mu…dan jangan lah kau biarkan aku mengasihi makhlukMu lebih daripada cintaku pada Mu….bantulah aku untuk meraih kasihMu yang lebih kekal dan abadi…
Biarlah mereka terus berfikir apa saja..pada sesungguhnya hati kita milik Allah..Dia lah yang lebih berhak dan berkuasa atas segala…Bagi aku…aku hanya meneruskan apa yang perlu….dan biarlah Allah saja yang menilai…kerna pandangan Allah itu lebih bermakna daripada pandangan insan…Allah Maha Melihat dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tersurat dan tersirat…
Keseluruhannya…hidupku demi hari kian lebih baik..tanpa ada rasa sakit hati..tanpa ada rasa benci…atau tanpa ada rasa dendam dengan sesiapa..tiada apa yang kekal abadi di dunia ini…aku pasrah dan redha dengan segala ketentuan…yang penting Allah ada bersama ku…Dan cukuplah Allah sebagai penolongku…
May the sun shines onto me and may my path be easier with the blessing from the Almighty..the Most Gracious and the Most Merciful…Everyday…In everyway…I m getting better..better….and better….Alhamdulillah