Salam…
Kebelakangan ini aku berdepan dengan beberapa situasi yang meminta atau lebih tepat memaksa aku untuk membuat pilihan…dan ianya bukan sekadar pilihan yang biasa-biasa…tapi yang amat sukar…memeritkan…menduga akal dan iman…
Hakikatnya, asal kejadian kita juga begitu…Allah memberi kita pilihan akan jalan mana yang ingin kita lalui walhal destinasi dipenghujung sana hanya satu..iaitu bertemu dengaNya…
Pilihan yang paling sukar buatku ketika ini adalah dalam mengurus hubungan sesama manusia….lantas aku sedar..bahawa tiada apa yang kekal selagi di alam ini melainkan Yang Maha Esa…
Pada setiap hubungan pasti ada mula dan akhirnya…walaubagaimana sekalipun kita cuba menjaga hubungan itu…suatu hari nanti, ia pasti akan berubah formasi..sama ada kepada sasuatu yang lebih baik atau utuh dan tidak hairan juga jika ia berpaling kepada yang sebaliknya…
Jadi apa sebenarnya yang kita harapkan dari sesuatu yang tidak kekal ini..? Lantas keberuntungan yang bagaimana kita pinta atau kita cuba cari dari sesuatu yang kita sedar bahawa ianya bersifat sementara…
“Letakkan Tuhan ditengah-tengah apa yang kamu lakukan, segalanya akan kembali pada satu titik yang hakiki…” … Sebagai insan biasa, aku tidak lepas dari kesilapan..walau beribu kali perkataan itu aku sebut untuk diriku mahupun untuk orang lain…tidak dapat tidak satu masa dan satu ketika itu kita terleka …. Masya’Allah…begitu lemah nya kita sebagai hamba …tapi masih mahu lagi sombong di atas muka bumi Tuhan….
Pernah dulu ku tanya kan ini pada seorang sahabat :
“Apa yang kau faham tentang ‘ikhlas’..?”
“Membuat sesuatu tanpa mengharap balasan..”
“Betul, tapi aku tambah lagi sedikit…berbuat sesuatu tanpa mengharap apa-apa balasan melainkan hanya semata-mata keredhaan dari Allah …”
As time goes by, Allah tetap ingin menguji kesetiaan hambaNya…bukan menyusahkan, tapi atas dasar kasih, rahman dan rahimnya Allah maka ujian itu diberi pada setiap ketika dalam pelbagai rupa bentuk..apa betul yang diucapkan itu sama terbitnya dari dalam lubuk hati atau sekadar halwa telinga semata atau hanya ingin menunjuk-nunjuk pada sesama makhluk… Subhanallah…
Di sini, sebagai hambaNya yang lemah aku mengakui kesilapan dan kelalaian ku….dalam kesenangan dan kelapangan yang diberi aku terleka dan merasakan diri cukup baik hingga lupa bahawa aku sedang di uji… Maha Suci Engkau ya Allah…
“Maka janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..” tapi inilah juga yang telah ku lakukan pada diriku..apa puncanya…? Amat mudah, ketidak ikhlasan ku dalam melakukan sesuatu telah menghumban aku ke satu dasar yang amat susah untuk aku keluar dan menyesakkan nafasku…
“Allah telah menetapkan kadar dan waktu bagi berlakunya sesuatu..” Engkau Maha Pengasih ya Allah…cukuplah tempoh itu mengajarku…semoga Kau dapat menjaga dan mendidik hati ini agar lebih hampir padaMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah engkau berikan petunjuk…amin ya rabbal alamin…