29 September 2008, masuk hari ni dah 29 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa…BIla aku tengok TV, nampak jemaah solat terawih di MasjidilHaram…Subhanallah…I miss Mecca and Medina so much… Uniknya Islam, walau pelbagai mazhab, whatever color, size or origin, rukuk dan sujudnya tetap sama…kiblatnya tetap satu…itulah keindahan dan nikmat Islam yang kita jarang syukuri…kalau ikutkan baru sebulan lepas aku menunaikan Umrah…masih rasa macam dalam mimpi yang aku betul-betul pernah menjejakkan kaki di Tanah Haram. Insya’Allah, kalau ada rezeki, aku akan pergi lagi nanti…
Hari ni aku paksa diri aku yang malas ni untuk buat kuih kegemaran my mom…kuih mahmur=makmur…lagipun itu je kuih yg aku reti buat… he he he Alhamdulillah dah beres… sekarang boleh relek sikit… dan cuba nak manfaatkan baki Ramadhan yang tinggal.
Ku panjatkan syukur ku kepada Allah, Tuhan Seru Sekelian Alam, Yg Maha Agung, Pengasih dan Penyayang, kerana nikmat yg diberinya pada aku selama ini… Nikmat Iman dan Islam and of course nikmat Ramadhan… Allah sentiasa memberi sesuatu yang lebih baik daripada apa yang di minta oleh hambaNya… Amin.. 🙂
Untuk Keen yang sentiasa di ingatan, mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal mu juga lebih baik dari yang sebelumnya… Untuk Izyan, semoga sukses dalam perjuangan mental dan emotional… And to all of my friends, SMK Likasian, Ex-MCC Kuantan & Ex-WAZZU, RHBians, Eid Mubarak! Maaf Zahir & Batin, halalkan segala makan dan minum…
owh…thank you for your concern.
Happy Eid Mubarak!! Smg kite akan ketemu lagi dgn Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan yg akan dtg….aminnn