Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Doa

doa31

Salam..ari ni rase stress sket and ati rase tak best..tak tau nape..cam ade yang tak kena lak..Subhanallah…mudah-mudahan takde pape buruk yang berlaku kan…hmmm..terjumpa doa di atas…semoga jadi amalan hingga ke akhir hayat…

Advertisements

Read Full Post »

Allah Bersamamu…

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu…

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…

 

~Dipetik Dari Mutiara Kata : zahazanmohamed.blogspot.com~

Read Full Post »

Perhimpunan Di 'Arafah

Perhimpunan Di 'Arafah

Puasa pada 9 Zulhijjah adalah disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabdanya bermaksud: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya.” (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag.” (Diriwayat oleh Muslim)

 

Read Full Post »

Labbai Kallahumma Labbaik3

masjidil11

Bismillahirrahmanirrahim…

Hmm..hari ni aku rase tak berapa sihat actually… Masa flip through few pictures…  I came to this one.. Dalam banyak banyak tempat yang aku pegi dalam dunia ni..inilah tempat yang paling melekat dalam hati aku… Tengok gambar saja pun dah mendinginkan perasaan, apa lagi kalau berada di sana… Subhanallah… 🙂

Dalam beberapa hari lagi … tibalah masanya hari wukuf di Arafah … the grand gathering.. I wonder how does it feel to be at Padang Arafah with millions of our Muslim brothers and sisters from all over the world…

Do you guys still remember the story behind Aidil Adha… ? Bagaimana Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s… ? Allah memilih sesuatu yang paling disayangi oleh Nabi Allah Ibrahim untuk dikorbankan…anak untuk disembelih..

Kalau kita, jangan kata anak, nak pi bayar zakat pun banyak benar alasannya… tapi kalau beli bende-bende lain ada pulak budget and kalau takde boleh usahakan allocate some cash every month pulak tu..hairan kan? .. hehehe

Cuba bayangkan sekarang ni, kalau Allah tetap suruh setahun sekali kita sembelih seorang anak sebagai korban..how?? Tapi Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Sebagai tanda kasihnya Allah kepada hambaNya, dia telah menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibasy… yang sampai sekarang kita teruskan tradisi ini iaitu mengorbankan binatang-binatang ternak sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak..Itu pun kita masih tak boleh fikir lagi kan..? Memang manusia ni selalu ‘lupa’ dan ‘alpa’…

Nah! Disini lah salah satu tempat dimana kita boleh menilai dimana letaknya diri kita..keimanan kita…kesungguhan kita..PENGABDIAN kita kepada Tuhan Sekelian Alam…oh tak cukup menggerunkan? Tuhan Yang Memiliki Hari Kiamat/ Hari Pembalasan… kalau tak takut gak…haih…something wrong somewhere tuh…

Apakah kita benar-benar memahami erti mengabdikan diri kepada Allah?? Setakat mana i’tiqad kita untuk mencapai tahap husnul khotimah? Kenapa bila sesuatu berkaitan Allah kita boleh berlengah atau postpone tetapi bila sampai sesuatu yang berkaitan keduniaan kita bersegera ke arah itu? Di mana letaknya Allah di hati kita??

Tak semestinya zakat atau haji saja..ada banyak lagi perintah Allah yang kita selalu abaikan….mari bukak Al-Quran ..kita baca satu-satu…

Tapi kebiasaannya ..bila baca Al-Quran, kebanyakkan orang akan membuat satu impression atau satu mindset bahawa ayat-ayat itu diseru atau ditujukan kepada Rasulullah sahaja untuk disampaikan kepada kita…disini la kita selalu silap dan menjadikan kita kurang rasa hubungan peribadi yang intim dengan Al-Quran…

Sebenarnya ayat-ayat suci tu semuanya ditujukan oleh Allah direct kepada kita si pembacanya…inilah keistimewaan dan mukjizat Al-Quran.. Tak percaya ke?? Cuba baca balik dan hayati setiap ayat tu…kalau anda faham apa yang anda baca..you will feel that God is actually talking to you my friend…hehehe

Subhanallah…Bila aku muhasabah balik diri, memang masih terlalu banyak yang perlu di baiki. “Kaizen”…

Makanya, peristiwa Nabi Allah Ibrahim bukanlah semata hanya sejarah yang di ceritakan setiap kali khutbah atau ceramah…tapi ia adalah contoh atau peristiwa yang perlu kita jadikan ibrah dalam meneruskan kehidupan kita sebagai seorang muslim yang beriman. 

Yang baik itu  datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri ku sendiri…

Read Full Post »

Labbai kallahumma labbaik’ 2

Salam…

I noticed that somebody has searched a number of times regarding talbiah (“Labbai kallahumma labbaik…”)… So for knowledge sharing, I will put the full version of talbiah in this entry…

“Labbai kallahumma labbaik, labbai kallah syarikala kalabbaik, innalhamda, wani’mata, lakawal mulk, la syarikalak.”

Ertinya : Aku sahut panggilan-Mu ya Allah! Aku sahut, tidak ada sekutu bagi-Mu ya Allah, kami sahut! Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu ya Allah! Tiada sekutu bagi-Mu.

Talbiah adalah doa atau zikir yang dilafazkan secara berulang kali oleh sesiapa yang berkunjung ke Baitullah (Ka’abah) atas niat umrah ataupun menunaikan fardhu haji. Lafaz zikir ini akan dimulakan oleh jemaah yang dianggap sebagai tetamu Allah sebaik sahaja dia telah berniat ihram umrah/haji iaitu disepanjang perjalanannya menuju ke Baitullah sebagai tanda dia sedang menyahut seruan atau jemputan Allah ke rumahNya yang dimuliakan, Ka’abah Al-Musyaroffah.

Mengunjungi Ka’abah adalah impian setiap muslim kerana tidak semua orang berkesempatan melakukannya walaupun mempunyai keupayaan wang ringgit, tenaga. kesihatan dan masa. Ini adalah kerana kunjungan ke rumah Allah adalah berdasarkan ketetapan dan keputusan mutlak Allah, Tuhan sekelian alam, atas siapakan yang akan dipilihNya untuk datang atas sebab-sebab yang tertentu yang hanya ada didalam bidang pengetahuanNya.

Maka, bilamana sahaja seseorang berpeluang mengucapkan talbiah, tidak dapat tidak dia akan merasa sebak atau menitiskan air mata kerana ianya adalah sebagai satu tanda syukur yang tidak terhingga kerana peluang yang diberikan oleh Allah untuk hadir sebagai tetamu yang dimuliakan dirumahNya tanpa mengira batas usia, warna kulit, taraf, pangkat dan banyak mana dosa yang telah dilakukan.

Semuanya adalah semata-mata atas pilihan Allah dan rasa kasihNya pada sekelian hamba dan bila ‘jemputan’ dan ‘seru’ ini telah datang, seseorang itu tidak akan dapat menolaknya dengan apa cara sekalipun melainkan menyahut seruan itu. Jika tiada wang, akan ada sumber kewangan yang tidak disangka-sangka, jika sakit, akan terus bersemangat untuk sembuh, hati yang keras akan jadi lembut, pendek kata, segala bentuk halangan akan diangkat atau dihilangkan oleh Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa hanya semata-mata untuk membawa hamba ini ke rumahNya.. Inilah bukti betapa agungNya kecintaan Allah pada kita.

From my personal experience, setiap kali aku mengucap talbiah, setiap kali itu jugalah I will break into tears… Subhanallah! Maha Suci Allah….tidak ada perkataan yang dapat aku berikan untuk menggambarkan betapa indahnya ucapan ini di hati dan telinga ku…

“(Ingatlah) ketika Kami tempatkan Ibrahim di tempat Bait (Ka’abah). Janganlah engkau persekutukan Aku dengan sesuatu juapun dan bersihkanlah rumahKu (tempat beribadat kepadaKu) untuk orang-orang yang thawaf (mengelilinginya) dan orang-orang yang berdiri (mengerjakan sembahyang) dan orang-orang yang ruku’ lagi sujud. Beritahulah kepada manusia, supaya (mengerjakan) haji, nescaya mereka datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan (berkenderaan) atas unta kurus yang datang dari tiap-tiap jalan yang jauh.” ~Surah Al-Hajj : Ayat 26-27~

Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang salah itu adalah kelemahan saya sendiri sebagai hamba.

Read Full Post »

Salam..

I perasan recently there’s a number my visitors have searched for a topic like..macam mana nak pujuk suami..macam mana nak fahami suami..etc..

Well, actually I m not the correct person to talk about isu rumahtangga since I sendiri pon belum jumpe my ‘Mr Right’ kan…sebab tu tak berani post comment banyak banyak about this… hehehe

But one thing I know about human relationship is…instead of kita fikir macam mana nak betul kan the other side (either suami ke, boy friend ke, tunang ke, kawan ke, adik beradik ke..), macam mana marahnye kita sebab kita rasa orang buat salah kat kita atau buat sesuatu yang kita tak suke…macam mana rasa sakit hati kita sebab orang tak faham or salah faham tentang kita..

I rase maybe kita patut mula dengan check diri kita sendiri dulu..Bak kata orang bijak pandai dulu dulu la kan, “Satu jari yang menuding kearah orang lain, ada empat lagi yang akan menuding ke arah kita sendiri…”

Allah juga telah berfirman yang membawa maksud “segala musibah atau masalah yang menimpa diri manusia ada hasil daripada perbuatan tangan manusia itu sendiri”..ingat tu eh..Allah kata “semua/segala”..dia tak kata “sebahagaian/sikit-sikit/some”….adalah berpunca dari diri kita sendiri…

Well, my blog takde entry about camne nak pujuk ati suami..tapi I ada satu entry yang dapat menyejukkan hati para isteri dan terus tabah mengharungi dugaan melayari alam rumahtangga…

Sama-sama kita bermuhasabah diri and “Put Allah in the centre of our attention, Insya’Allah everything will turn out to be ok.”

So, what are you waiting for, click on the image now…all the best ladies!!

Untuk tatapan istimewa insan bergelar isteri dan mereka yang bakal bergelar isteri.

 Pengubat Hati Isteri Solehah

89c56af410cf9cec1

(Contributed by Izyan Nasruddin)

Read Full Post »

Sungai Di Syurga

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya’ allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

~Contributed by Dak Izyan…~

Read Full Post »

Older Posts »