Feeds:
Posts
Comments

Nikmat dari Tuhan dtg dlm pelbagai bentuk yg kadangkala tidak terfikir oleh kita.

Carilah barokah dlm setiap kerja yg kita buat,

– renung-renungkan & selamat beramal…

================================================================================

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS ?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.

“Mengapa?” balas saya.

“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”

Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

“Oh ramai encik…”

“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”

“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”

“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”

“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’

“Pasti ada! Insya-Allah.”

“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”

“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”

“Kenapa?”

“Kita akan sakit jiwa!”

“Kenapa?”

“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.

“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Kun Faya Kun…

Jika Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi…apakah ada kuasa lain yang dapat menahannya..? Keajaiban…adakah ianya benar-benar berlaku…? Adakah ia benar-benar wujud…? Persoalan biasa yang bermain difikiran manusia..terutama di penghujung usia dunia ini…apa masih ada orang yang percaya pada ‘keajaiban’?? Aku tidak pasti tentang kau..tapi pada aku..YA…jawapanku YA..aku percaya pada keajaiban dan ianya wujud…berlaku…ahh..sukar untuk aku jelaskan di sini….

Ada masanya, kita merasakan segalanya mustahil…segalanya telah berakhir…tiada apa lagi yang diharapkan..hanya menanti apa yang bakal datang…jika sekarang buruk..pastinya yang akan datang itu lebih buruk lagi…tapi ternyata sifat pengasihnya Allah amat amat amat diluar jangkauan akal manusia..memang benar…jika diguna tujuh lautan sekalipun sebagai tinta dan seluruh tumbuhan sebagai kalam untuk menulis kebesaran ..betapa rahman dan rahimnya Allah….nescaya akan habis tinta dan kalam itu sebelum habis nikmat dan kasih Allah dicatit…

Aku pernah berbicara dengan sahabat karibku..seorang penganut Roman Katolik…katanya “Friend…you know what…sometimes God works in his own miracle ways…somewhere..somehow..He knows what is the best and He do it in a way that has never come accross our mind…we dont even think about it that it could happen..but it does….”

Jika dia yang kita katakan sesat itu masih dapat melihat keajaiban kasih tuhan dengan jelas…kenapa masih ada di antara kita yang lahir sebagai Islam masih teraba-raba dalam terang…mencari punca.. sedangkan jawapannya ada di depan mata…jika di cuit kita terus melatah…amat sukar memaafkan….terlalu sensitif…ini bukan ajaib..tetapi pelik…hehehe…

Ya Allah..Tuhan seru sekelian alam..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang telah kau simpankan untuk hambaMu di hadapan sana….dan jika dariMu..pasti ianya adalah hadiah yang terbaik… jika ada ketidaksempurnaan..maka itu adalah kelemahan ku semata-mata yang gagal melihat hikmah dan iktibar disebalik apa yang kau titipkan untuk ku…Hari ini kau telah membuka mataku…memberiku pengajaran yang amat besar…yang tidak pernah terdetik dihatiku akan berlakunya sedemikian rupa..moga ini dapat menjadi bekalku dalam meniti hari-hari ku yang semakin hampir denganMu…Ku labuhkan hatiku..rinduku dan kasihku pada Mu…moga Kau masih dapat menerima pemberian dari insan yang sekerdil aku…

“Ku cuba menghulurkan…Sebuah hadiah kepadaMu,

Tapi mungkin kerana isinya…tidak sempurna tiada seri,

Ku cuba menyiramnya …agar tumbuh dan berbunga,

Tapi mungkin kerana airnya..tidak sesegar telaga Kauthar…”

Dilemma Cinta ~ Ungu

Seberapa Salahkah Diriku  
Hingga Kau Sakiti aku Begitu Menusukku  
Inikah Caramu Membalas  
aku Yang Selalu Ada Saat Kau Terluka  

Seberapa Hinanya Diriku  
Hingga Kau Ludahi Semua Yang ku Beri Untukmu  
Tak Ada Satu Pun Perasaan    
Yang Mampu Membuatku Begitu Terluka  

Namun ku Terlanjur MenCintai Dirimu  
Terlambat Bagiku Pergi Darimu  
Bagiku Terlalu Indah Perasaan itu  
Tak Mudah Untukku Menjauh Darimu  

Telah ku Coba Segala Cara  
Tuk Bahagiakan Kamu  
Merebut Hatimu  
Namun Tak Semudah Yang ku Bayangkan  

Bila Kau Tak Inginkan ku   Tuk Di Sisimu  
Tak Pernah Kurasakan Sebelumnya  
Menginginkan Dirinya Hingga ku Tak Kuasa  
Meyakini Hatiku Bahwa ku Mampu Berlalu  

Namun ku Terlanjur MenCintai Dirimu  
Terlambat Bagiku Pergi Darimu  
Bagiku Terlalu Indah Perasaan itu  
Tak Mudah Untukku Menjauh Darimu

Pilihan

Salam…

Kebelakangan ini aku berdepan dengan beberapa situasi yang meminta atau lebih tepat memaksa aku untuk membuat pilihan…dan ianya bukan sekadar pilihan yang biasa-biasa…tapi yang amat sukar…memeritkan…menduga akal dan iman…

Hakikatnya, asal kejadian kita juga begitu…Allah memberi kita pilihan akan jalan mana yang ingin kita lalui walhal destinasi dipenghujung sana hanya satu..iaitu bertemu dengaNya…

Pilihan yang paling sukar buatku ketika ini adalah dalam mengurus hubungan sesama manusia….lantas aku sedar..bahawa tiada apa yang kekal selagi di alam ini melainkan Yang Maha Esa…

Pada setiap hubungan pasti ada mula dan akhirnya…walaubagaimana sekalipun kita cuba menjaga hubungan itu…suatu hari nanti, ia pasti akan berubah formasi..sama ada kepada sasuatu yang lebih baik atau utuh dan tidak hairan juga jika ia berpaling kepada yang sebaliknya…

Jadi apa sebenarnya yang kita harapkan dari sesuatu yang tidak kekal ini..? Lantas keberuntungan yang bagaimana kita pinta atau kita cuba cari dari sesuatu yang kita sedar bahawa ianya bersifat sementara…

“Letakkan Tuhan ditengah-tengah apa yang kamu lakukan, segalanya akan kembali pada satu titik yang hakiki…” … Sebagai insan biasa, aku tidak lepas dari kesilapan..walau beribu kali perkataan itu aku sebut untuk diriku mahupun untuk orang lain…tidak dapat tidak satu masa dan satu ketika itu kita terleka …. Masya’Allah…begitu lemah nya kita sebagai hamba …tapi masih mahu lagi sombong di atas muka bumi Tuhan….

Pernah dulu ku tanya kan ini pada seorang sahabat :

“Apa yang kau faham tentang ‘ikhlas’..?”

“Membuat sesuatu tanpa mengharap balasan..”

“Betul, tapi aku tambah lagi sedikit…berbuat sesuatu tanpa mengharap apa-apa balasan melainkan hanya semata-mata keredhaan dari Allah …”

As time goes by, Allah tetap ingin menguji kesetiaan hambaNya…bukan menyusahkan, tapi atas dasar kasih, rahman dan rahimnya Allah maka ujian itu diberi pada setiap ketika dalam pelbagai rupa bentuk..apa betul yang diucapkan itu sama terbitnya dari dalam lubuk hati atau sekadar halwa telinga semata atau hanya ingin menunjuk-nunjuk pada sesama makhluk… Subhanallah…

Di sini, sebagai hambaNya yang lemah aku mengakui kesilapan dan kelalaian ku….dalam kesenangan dan kelapangan yang diberi aku terleka dan merasakan diri cukup baik hingga lupa bahawa aku sedang di uji… Maha Suci Engkau ya Allah…

“Maka janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..” tapi inilah juga yang telah ku lakukan pada diriku..apa puncanya…? Amat mudah, ketidak ikhlasan ku dalam melakukan sesuatu telah menghumban aku ke satu dasar yang amat susah untuk aku keluar dan menyesakkan nafasku…

“Allah telah menetapkan kadar dan waktu bagi berlakunya sesuatu..” Engkau Maha Pengasih ya Allah…cukuplah tempoh itu mengajarku…semoga Kau dapat menjaga dan mendidik hati ini agar lebih hampir padaMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah engkau berikan petunjuk…amin ya rabbal alamin…

Alhamdulillah…segala puji dan syukur ku panjatkan pada yang Maha Esa…Selawat dan salam pada junjungan besar kekasih Allah..Rasulullah..

Aku teringat satu ayat dari Al-Quran yang membawa maksud “Pada setiap kesukaran ada kemudahan…dan pada setiap kesukaran ada kemudahan..”

Hari ini aku menerima beberapa berita yang menggembirakan dan memberi kelapangan dada untuk ku….

Pertamanya, tidak lama lagi pihak pengurusan akan membuat keputusan ke atas kes ku yang telah tertunggak agak lama…Subhanallah…Kau lah yang menentukan kadar dan waktu untuk setiap apa yang berlaku…mudah-mudahan dengan keputusan yang bakal keluar..akan berakhirlah segala penderitaan mindaku…

Selang beberapa ketika, aku menerima pula berita baik bahawa kedai kami akan dipindahkan ke lokasi yang lebih baik…insya’Allah dengan penghijrahan ini, peluang perniagaan kami akan menjadi lebih baik…

Aku teringat akan kata-kata guru pembimbing motivasi yang amat ku kenali…”Positive mental attitude is a foundation and a framework that will shape what and how you gonna be…Positive affirmation will drive you towards your goal as the law of attraction will works it ways by pulling in all the positive elements in the universe to the inner you and nutralizing all the negative energy ultimately…”

Setiap kebaikan pastinya akan dibalas dengan kebaikan…ini janji Allah…dan bukanlah kebaikan pada manusia itu akan dibalas oleh manusia juga…tapi Allah lah yang lebih mengetahui akan jalan bagaimana kurnia anugerah itu akan diberi..Maha Suci Tuhanku…janganlah kau biarkan aku mengharap pada makhlukMu lebih daripada pengharapan ku yang ku letakkan pada Mu…dan jangan lah kau biarkan aku mengasihi makhlukMu lebih daripada cintaku pada Mu….bantulah aku untuk meraih kasihMu yang lebih kekal dan abadi…

Biarlah mereka terus berfikir apa saja..pada sesungguhnya hati kita milik Allah..Dia lah yang lebih berhak dan berkuasa atas segala…Bagi aku…aku hanya meneruskan apa yang perlu….dan biarlah Allah saja yang menilai…kerna pandangan Allah itu lebih bermakna daripada pandangan insan…Allah Maha Melihat dan Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tersurat dan tersirat…

Keseluruhannya…hidupku demi hari kian lebih baik..tanpa ada rasa sakit hati..tanpa ada rasa benci…atau tanpa ada rasa dendam dengan sesiapa..tiada apa yang kekal abadi di dunia ini…aku pasrah dan redha dengan segala ketentuan…yang penting Allah ada bersama ku…Dan cukuplah Allah sebagai penolongku…

May the sun shines onto me and may my path be easier with the blessing from the Almighty..the Most Gracious and the Most Merciful…Everyday…In everyway…I m getting better..better….and better….Alhamdulillah

Petang ini suasana agak dingin…hujan yang turun seketika tadi menyimbah bumi yang kering tandus lantaran kemarau hampir 2 bulan lamanya…butiran air yang terpercik ditingkap pejabat ku memberi penglihatan yang menyegarkan…air..sumber segala kehidupan…

Maha Besar dan Maha Suci Allah…dia menduga kita dengan kemarau yang hanya seketika…tapi keluhan seolah bertahun bumi tidak disimbah air… Aku teringat ketika berada di Tanah Suci Mekah Al Mukarramah…cuaca nya agak kering dan panas…kadangkala hingga mencapai 5o darjah celcius..tapi ironinya..aku tidak mendengar keluhan panas atau susah…pada segenap penjuru kota aku hanya mendengar bacaan ayat suci dikumandangkan..sama dari Masjidil Haram..atau dari kedai kedai yang berhampiran disekitar kota atau dibaca oleh orang-orang yand duduk berehat…paling tidak zikrullah…Subhanallah..walhamdulillah..walailahaillallah…wallahuakbar…

Kenangan ku ketika melawat bumi anbiya begitu indah sekali ..tidak ada kerisauan..hanya ketenangan dan bahagia…semua saling membantu kerana setiap hati sedar bahawa Allah sedang mengalu-alukan kedatangan para hamba ke rumahNya…sedang memerhati dan sedang menilai…rindu benar aku dengan suasana itu..entah bila lagi dapat aku menghirup keharuman udara Masjid Nabawi…wallahulam..

Ketika aku berkhayal dengan masa silam…handphone ku berbunyi :

(Ringtone)

Aku : Hello..?

Temanku : Assalamualaikum hajjah….!

Fuh! Hajjah..sudah lama tidak ku dengar panggilan sebegitu rupa..

Aku : Wa’alaikumsalam hajjah! Apa cerita?? Tetiba ja ko call aku ni…mesti ada something..hehehe

Temanku : Of course…and aku rasa it’s a good news for you…

Aku : Serious?? Hahahaha…apa bende nye…kena loteri ke..?

Temanku : Eleh…beli loteri pun tak reti ….ada hati nak kena loteri…apa daaa…gini beb…actually aku dan hubby aku nak ke Mekah…untuk Haji…kitaorang ikut Muassasah Tabung Haji..so, I wonder if you interested to come along…?

Subhanallah!!! Subhanallah!! Hati ku menjerit…Maha Suci Engkau Ya Allah!!!

Aku : Of course aku nak!!!! wey..ni pucuk di cita ulam mendatang la ni..cam kau tau tau je aku tengah fikir pasal tu…Masya’Allah zack…bila..?

Temanku : Next year la…amacam? Are you ready..?

Aku : You already know my answer kan..dari dulu lagi..Yes zack..yes…i want to go..tapi boleh dapat tempat ke..? Orang lain kena tunggu 10 tahun tau!

Temanku : Makanya aku call kau ni…insya’Allah akan ada orang yang bantu kita untuk dapatkan tempat nanti…kalau kau setuju…sms aku nama penuh, no. ic dan no akaun tabung haji kau…the rest husband aku tolong arrange…and of course my friend…berdoa dan solat hajat..penting tu..moga moga Allah permudahkan perjalanan kita…

Aku : Insya’Allah zack..insya’Allah…I will…macam mimpi pulak aku..hehehe

Temanku : Ok..talk again later..remember..doa banyak banyak ya..

Aku : Ok…no worries…Assalamualaikum

Temanku : W’salam

Apa lagi yang dapat ku katakan…Allah itu Maha Mendengar..baru di hati..sudah didengar..apa lagi bila dilafaz… Ya Allah, terimakasih…terimakasih atas hadiah ini…perkenankanlah hajat ku wahai Maha Pengasih….permudahkanlah jalan ini untuk ku…berikanlah aku kedamaian…jadikanlah aku tetamu mu yang istimewa….terimalah kehadiranku…izinkanlah aku berlindung dibawah naungan Baitul Attiq untuk sekali lagi…sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasihani…

Sedikit demi sedikit hidup ku mula bertenaga…setiap saat aku mendapat kekuatan ku semula…terimakasih teman kerana doamu…dan kepercayaan mu pada diri ini…langkah ku teruskan…dan cahaya itu semakin jelas ku lihat di depan…

“Labbaikallahumma Labbaik..Labbaikallah Syarikala kalabbaik..innalhamda..wanni’mata…lakawalmulk…la syarikalak…”

Terimakasih Teman…

Suasana getir yang merengut jiwaku telah membawa ingatan ku kepada seorang teman…teman istimewa tempatku berkongsi duka dan kegembiraan ku…perbualan kami melalui sms ku titipkan di sini..moga dapat menjadi iktibar buat ku dan mungkin juga diri mu…. :

Aku : Salam min (bukan nama sebenar)…min, hidup kay agak mencabar kesabaran dan menduga iman kebelakangan ini…is it sebab kay banyak dosa atau Allah ingin menduga kay..? Terlalu berat rasanya min..sehingga tak terpikul oleh hati…apa yang kay patut buat min…? Di mana silap kay…segala yang kay buat adalah untuk kebaikan semua orang walaupun kay yang tanggung sakitnya…walau kay dibenci..kenapa macam ni min..? Kay penat…kay sakit…

Min : Makin Allah uji, makin dia sayang sebenarnya..takkan dia uji lebih dari apa yang kita mampu. Dalam segala kesempitan, moga Allah titipkan ketenangan, rasa redha dan kegembiraan di hati kay…

(diwaktu ini, airmataku bercucuran bagaikan hujan dipetang hari…sebak tak dapat ku bendung lagi…ku lepaskan segalanya pada temanku…)

Aku : Terlalu berat min…dan bertubi-tubi…sampaikan kay rasa tak berdaya…

Min : Dia takkan timpakan lebih dari yang kita mampu…Itu janji Dia…

Aku : Kay faham…doakan kay min agar kay dapat terus bertahan…Penat min, bila malam nak tidur, semua penat dan kesakitan datang…bila bangun pagi, tak tau apa yang perlu dilakukan lagi…sebab terlalu banyak min…just too much..

Min : Memang penat kay..tapi takpe, kita ada penolong paling besar. Yang Maha Mendengar segala apa yang kita mintak..Ni sume to train us to be tough..Selawat banyak2…moga moga Allah mudahkan…

Aku : Insya’Allah min…thanx so much…

Itulah temanku..nasihatnya mudah…di fikiran dan hati ku berbaur rasa yang entah bagaimana harus aku terangkan…Kelukaan ku terubat…sedikit demi sedikit ku peroleh kekuatan untuk berdiri dan terus melangkah kehadapan…

Ya Allah…sesungguhnya Kau Maha Pengasih…Kau mendengar setiap rintihan dan doa hambaMu..dan Kau juga melihat derita batinku..bantu lah aku ya Tuhanku…dalam aku mendidik hatiku…Kaulah penyembuh kedukaan ku…berikan aku rasa redha …dan berikan lah aku rasa syukur dalam setiap nafas dan degup jantungku…. Penuhkan lah hati ku dengan rasa maaf dan kasih pada orang-orang disekelilingku…peliharalah diri kami dari sifat-sifat mazmumah….dan tambah serta hiasilah diri kami ini dengan sifat-sifat mahmudah yang Engkau kasihi..jangan lah kau biarkan dendam dan kebencian itu bertapak di hati kami…maafkan lah kami dan ampunilah kami…sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemaaf…Amin ya rabbalalamin…